Rabu, 27 November 2013

KERJA DENGAN REZEKI ALLAH BERIKAN

Orang zaman sekarang, kalau waktu kenaikan gaji,tiba-tiba dia tak naik gaji.Mulalah menyumpah,bising pada bos.Kalau yang betul-betul buat kerja tak apa la nak bising. Ada sesetengah golongan pekerja yang pandai cakap aje. Cakap orang sana sini sembang "meletop", tapi beliau sendiri yang merosakkan keadaan persekitaran kawasan kerja. Ini mengakibatkan :
1) Memberi tekanan kepada pekerja lain,rakan sekerja yang berurusan dengan team beliau.
2) Bos dibebani kerja yang banyak (Kalau perkerja tersebut jenis tak faham,boleh diketegorikan bodoh sombong)
3) Lambakkan kerja pada pekerja lain.Banyak kerja tidak dapat diselesaikan.
Golongan pekerja seperti ini, kebanyakkan banyak habiskan masa begitu saja, boleh dilabelkan "makan gaji buta". Faham-faham ajela, rezeki yang dia dapat diberi pada anak,isteri dan ibubapa. Ada yang mengeluh, kenapa asyik macam hal jadi masalah. Anda semua kena renungkan perbuatan harian,hubungan anda dengan Allah.
Semoga apa yang dikongsi dapat memberi peringatan pada diri sendiri. Kalau tak suka kerja atau bosan, pergi balik.Jangan buat orang /rakan kerja anda hilang mood kerja dengan karenah anda yang duduk goyang kaki sambil bermain dengan telefon bimbit.

(Gambar Hiasan) 

Isnin, 25 November 2013

Cetusan Rasa "Ana Bukan Ustaz"



Assalamualaikum semua,

Cetusan Idea untuk membina blog ini adalah sempena hari terakhir, sahabat ana dalam pengajian kelas Al-quran Tajwid.Sahabat inilah yang membawa ana kembali kepada Al-quran.Setelah sekian lama berhijrah ke kota yang penuh dugaan ini.Ana tidak pernah mengikuti mana-mana kelas Al-quran.Secara jujur anak katakna, Lidah agak kelu bila ingin memulakan kelas Al-Quran setahun yang lalu. Kini beliau terpaksa berhijrah ke negeri Sabah demi menemani isteri tercinta yang ditugaskan disana. Semoga beliau dapt mencari guru yang baru di sana, dalam meneruskan perjuangan dalam diri untuk terus menambah ilmu agama.


Blog ini dibina bertujuan untuk ana menambah ilmu disamping boleh berkongsi sama beberapa info yang dapat memberi manfaat kepada semua.Di harap semua dapat mengambil sebarang info yang saya berkongsi di sini.Yang baik di ambil, yang tidak baik di tinggalkan untuk di jadikan pengajaran dalam menempuh kehidupan di dunia yang penuh cabaran dan godaan Syaitan yang menyesatkan umat manusia seperti ana yang lemah.Ana menerima sebarang komen, dan teguran agar ana dapat memperbaiki diri ana dalam menempuh hari-hari mendatang.

Terima Kasih Semua.

Wasssalam