Isnin, 25 November 2013

Cetusan Rasa "Ana Bukan Ustaz"



Assalamualaikum semua,

Cetusan Idea untuk membina blog ini adalah sempena hari terakhir, sahabat ana dalam pengajian kelas Al-quran Tajwid.Sahabat inilah yang membawa ana kembali kepada Al-quran.Setelah sekian lama berhijrah ke kota yang penuh dugaan ini.Ana tidak pernah mengikuti mana-mana kelas Al-quran.Secara jujur anak katakna, Lidah agak kelu bila ingin memulakan kelas Al-Quran setahun yang lalu. Kini beliau terpaksa berhijrah ke negeri Sabah demi menemani isteri tercinta yang ditugaskan disana. Semoga beliau dapt mencari guru yang baru di sana, dalam meneruskan perjuangan dalam diri untuk terus menambah ilmu agama.


Blog ini dibina bertujuan untuk ana menambah ilmu disamping boleh berkongsi sama beberapa info yang dapat memberi manfaat kepada semua.Di harap semua dapat mengambil sebarang info yang saya berkongsi di sini.Yang baik di ambil, yang tidak baik di tinggalkan untuk di jadikan pengajaran dalam menempuh kehidupan di dunia yang penuh cabaran dan godaan Syaitan yang menyesatkan umat manusia seperti ana yang lemah.Ana menerima sebarang komen, dan teguran agar ana dapat memperbaiki diri ana dalam menempuh hari-hari mendatang.

Terima Kasih Semua.

Wasssalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan